Thursday, 6 September 2012

Johor Bahru - Restoran Sayam


Jika berkunjung ke Johor Bahru dan mencari-cari tempat untuk makan malam, kami cadangkan anda untuk ke Restoran Sayam. Restoran ini yang terletak di Stulang Laut berhampiran dengan The Zone Johor Bahru menyajikan hidangan ala thai. Sekiranya berkesempatan anda boleh membeli-belah di The Zone, pusat membeli-belah bebas cukai terkenal di Johor Bahru.


Antara menu yang terkenal di sini ialah ikan siakap 3 rasa, ketam goreng bercili dan kerabu mangga. Disini kami ingin mengesyorkan anda untuk mencuba ketam goreng bercili. Ketam nipah digoreng dengan ramuan tertentu oleh tukang masak berpengalaman akan membuat anda selalu mengingati tempat ini. Harga bagi setiap makanan adalah sangat berpatutan. Jadi sekiranya ke Johor Bahru, silalah berkunjung ke Restoran Sayam.

Ketam Goreng Bercili


2 comments:

  1. terima kasih atas cadangan ini. restoran ini sangat menepati citarasa saya. :)

    ReplyDelete