Jika berkunjung ke Johor Bahru dan mencari-cari tempat untuk makan malam,
kami cadangkan anda untuk ke Restoran Sayam. Restoran ini yang terletak di
Stulang Laut berhampiran dengan The Zone Johor Bahru menyajikan hidangan ala
thai. Sekiranya berkesempatan anda boleh membeli-belah di The Zone, pusat
membeli-belah bebas cukai terkenal di Johor Bahru.
Antara menu yang terkenal di sini ialah ikan siakap 3 rasa, ketam goreng
bercili dan kerabu mangga. Disini kami ingin mengesyorkan anda untuk mencuba
ketam goreng bercili. Ketam nipah digoreng dengan ramuan tertentu oleh tukang
masak berpengalaman akan membuat anda selalu mengingati tempat ini. Harga bagi
setiap makanan adalah sangat berpatutan. Jadi sekiranya ke Johor Bahru, silalah
berkunjung ke Restoran Sayam.
![]() |
| Ketam Goreng Bercili |


terima kasih atas cadangan ini. restoran ini sangat menepati citarasa saya. :)
ReplyDeletesama-sama..:)
ReplyDelete